Coshare bukan koperasi

Kementerian Berasingan

Setiap koperasi berdaftar adalah tertakluk dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Coshare bukan koperasi, jadi ianya tidak tertakluk kepada peraturan-peraturan SKM. Coshare di bawah Kementerian Kewangan manakala Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Potongan Gaji

Potongan gaji pemohon pinjaman adalah melalui potongan biro perkhidmatan angkasa manakala untuk pinjaman melalui pakej coshare majikan boleh membuat potongan terus menggunakan kod potongan coshare.

Keahlian

Koperasi hanya memberi pinjaman kepada ahli-ahli. Oleh itu, peminjam perlu menjadi ahli kepada koperasi dulu sebelum layak meminjam. Coshare tidak mempunyai keahlian. Selagi peminjam merupakan kakitangan kerajaan dan badan berkanun daripada senarai majikan yang layak, maka peminjam dapat memohon pinjaman Coshare.

Yuran Keahlian

Peminjam koperasi perlu membayar yuran keahlian dan caruman setiap bulan manakala peminjam Coshare tidak perlu kerana tiada konsep keahlian.

Payout

Payout Coshare 100% manakala pinjaman menerusi koperasi pula adalah antara 90% – 97% bergantung kepada koperasi.

2 comments:

  1. Salam tuan punya blog ,saya dah hantar permohonan loan KFH Damansara dah hampir sebulan,promote kata 7-15 hari hampeh..!!
    Klu xlulus bgtau je..Saya boleh mohon tempat lain..
    Klu macam ni critanya xpyah saya nak promote kat kawan2..

    ReplyDelete
  2. kalau tak hantar dengan kami takyah laa bising2 dengan kami , lengkali make sure dulu hantar ngan kami baru lah bising2 ...

    ReplyDelete

Pages